iskandar63

Isnin, 2 Mei 2022

Bahagia 1

Janjinya syawal nak bercerita tentang benda baik baik.  Dah masuk 2 syawal.  Bolehkah ambe mula bercerita.

Yang mana kita nak mulakan dulu. Kita mulakan dengan benda yang membahagiakan kita.  Sebabnya? Hari raya hari yang bahagia... Sepatutnya begitulah. Kita, orang Malaysia tak begitu.  Kita sabotaj kebahagian kita sendiri.  Tak percaya? Perhatikan lirik lagu raya, yang mana benar-benar mencerminkan kebahagiaan di hari raya?  

Saya boleh pin point dua lagu aja, lagu Arwah Saloma, Selamat aidil fitri, kepada.... Mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong ...
Satu lagi lagu Arwah Sudirman, Balik kampung... Ooo ooo ooo balik kampung, hati girang.

Yang lain?  Cakap aja bahagia tapi lirik sengsara. Bukan lagu aja.  Takbir raya, nadanya macam mana. Ambe pernah beraya di luar negara.  Takbirnya nada gembira.  Buka ambe nak kritik agama. Ambe nak kritik pemikiran kita. Kita sabotaj kebahagiaan kita sendiri.

Objektif ambe bercerita ni, tak tahu dituju kepada siapa.  Walau pun tiada yang nak ambil pusing, ambe nak bercerita juga.  Sebabnya ambe nak ubah wall ambe kepada wall yang positif, yang menjurus kepada kebahagiaan, bukan kesengsaraan.

Nak terima, ambil jadikan panduan.  Tak nak terima, butang unfriend ada sebelah nama ambe.  Sentuh aja supaya ambe boleh terima orang lain yang ingin manfaatkan.  Maklum sajalah, facebook bagi kuota frens list kecik.

Ok, panjang pulok cerita ni.  Patutnya video, yg ini versi teks dulu.  Nak dapat feel dulu.

Tentang bahagia. Nak merasa bahagia tak susah. Pertama sekali kita kena berubah.  Ada perkara yang kita mesti lepaskan, jika ingin bahagia.

Kita mesti lepas perkara yang dah berlalu. Ya lah, yang dah lepas tu lepaslah.

Kita mesti lepaskan perkara yang meresahkan kita. Tiap tiap hari kita disuapkan atau dibrainwash dengan perkara yang meresahkan kita.  Melalui radio, melalui guru, ustaz, facebook, tiktok, dan entah apa lagi.  Semua tu ada motif.  Banyak tidak menguntungkan kita.  Lepaskan, let go.

Keluar daripada tempurung minda kita.  Lepaskan fahaman yang mengongkong kita.  Kalau buat macam ni akan jadi macam ni.  Kebiasaannya tiada kena mengena pun.  Dari kecil kita diusik bokbong.  Di sekolah juga kita diusik, dibrainwash.  Dah tua patut berakal masih dikongking minda.  Kalau tak pangkah ni, akan jadi macam ni.  Kemudia ambillah satu tragedi supaya kita takut, seolah-olah orang sekarang masih seperti zaman lepas perang.

Berhenti mencipta alasan.  Alasan untuk tidak melakukan perkara yang membahagiakan. Cuba rakam dan nyatakan alasan itu.  Diri sendiri dengar pun menyampah kan?

Keluar daripada rintangan untuk berubah. Ini jelas.  Kalau kita fikir kita ingin berubah, kita sendiri yang akan bina rintangan untuk tidak berubah. Takut sangat untuk berjaya.  Rekalah macam macam masalah untuk menghalang diri sendiri daripada berubah dan berjaya.

Berhenti daripada menyalahkan orang lain atau persekitaran.  Ibu kita tak salah melahirkan dalam keluarga yang miskin, yang abusive, yang entah ala apa.  Henti menyalahkan, jika ingin bahagia.

Komplen komplen komplen.  Semua benda yg dibuat, kita komplen orang atau perkara lain yang berkait.  Henti komplen kalau nak bahagia.  Kebahagian kita tidak dijejaskan oleh orang lain.

Apa yang menyebabkan kita tak bahagia, kita workout.  Yang tak serasi kita serasikan.  Kritik hanya untuk membina atau menegur.  Usah kritik tanpa niat untuk ubah.  Ia membuatkan kita miserable.

Henti hidup mengikut expectation orang lain.  Kalau suka makan budu, makan.  Jangan makan keju kerana muka macam omputeh.  Omputeh pun kalau diajar makan budu, akan gemar makan budu juga. Ukur baju di badan sendiri.  Usah jadi munafik.

Dalam hati ini kita bercakap.  Cakap suatu yang membangkitkan semangat kita, keinginan kita.  Usah pandang rendah pada diri sendiri.  Kita kan hidupan sosial.  Allah bagi ada kelebihannya.  Kelebihan itu akan complement, secucuk dengan kelebihan orang lain, bukan sama.  Kita mungkin pandai membaja, orang lain pandai menyiram.  Kita bekerja sama, kita dapat tuai hasilnya.

Jangan terlalu mengongkong.  Biarkan segalanya bebas.

Kita tak perlu betul sepanjang masa.  Bagi peluang untuk terima betul orang lain. Tuhan tak bagi kita satu mata.  Kita ada dua mata. Tutup satu mata, kita nampak dengan mata yang satu lagi.  Walaupun benda sama, kita akan nampak daripada sudut yang berbeza 

Tak perlu impress orang lain. Kita naik Viva, kita naik Lotus, dalam jem balik raya, sama sama sangkut. Impress awet dengan harta, habis harta, dah tak impressive. Jadilah diri sendiri, kalau dia suka, kekal hingga mati.

Henti melabel orang.  Henti melabel diri sendiri.  Kalau dia tak sehaluan dengan kita, tak semestinya dia tu Wahabi.  Kalau kita wali sekali pun, syurga kita dengan syurga dia tak sama. Tak semua orang nak seks dengan 72 bidadari sedangkan mak berada di bilik yang sama.  

Jangan terlalu berharap.  Kalau dia tak suka, let go.  Kalau boss tak suka, buka bisnes sendiri.  Berharap kepada manusia, kita tak kan kekal bahagia.

Aduh panjang pulok berceloteh. Kita sambung di lain waktu.

Khamis, 5 Jun 2014

Cikgu Kolot, Tak Ikut Peredaran Zaman

Dalam tahun-tahun akhir aku mengajar, cara handling pelajar banyak berubah. Perubahan berlaku kesan dari pengalaman mengajar di Sekolah Paya Besar, Kuantan.
Apa yang ingin dikongsikan malam ini berlaku ketika megajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur....
Kelas Pendidikan Moral.... Yep I was a Cikgu Moral too....
Kelihatan dua orang murid sedang membelek majalah bergambar....
"Eh, tengok sini, majalah apa yang kamu seronok tengok tu?"
Murid menggelabah, tapi akhirnya mengalah dan pass magazine ke depan. Murid perempuan merah padam muka, murid lelaki tergelak seperti Hyena baru lepas ....
Saya belek aja muka surat depan, terpampang gambar yang saya suspek. Kalau dibawa ke depan pasti budak ni digantung sekolah.
"Cikgu nak ambil majalah ni. Bukan nak baca. Cikgu nak bakar."
Pemilik majalah melenting tanda protes.
"Cikgu kolot! Tak boleh terima perubahan zaman!"
Seperti gunung berapi yang nak meletus, murid ini seperti ingin menerpa saya. Saya hanya tersenyum sambil berfikir macamana nak handle murid sebegini. Kalau zaman Paya Besar dulu pasti budak ni kena terajang. Tapi kalau terajang, budak ni tak akan jadi budak baik nanti.
"Ok, murid-murid semua. Saya akan buktikan saya tak kolot. Kita akan kongsi gambar."
Saya mula membelek gambar-gambar tersebut.
"Wah.... cantik, saya suka perempuan ni."
Murid-murid semua ketawa.
"OK, mulai dari hari ini, kelas ni kita boleh kongsi gambar lucah. Tak mahu kolot kolot."
"Steven, oleh sebab awak yang usulkan idea modern ni, kita mulakan daripada awak. Awak ada kakak?"
"Ada, dia sudah kawin. Cikgu sudah tak ada can. Ha ha."
"Ok, kalau sudah kawin, lagi bagus. Esok awak bawak gambar kakak dengan abang ipar awak main. Kita kongsi tengok ramai-ramai."
Murid tersebut ketuk meja tanda amat marah. Tangan ketar....
"Cikgu amat kurang ajar cakap macam itu. Saya balik mau repot sama mak saya."
"Aik! Tadi awak kata saya kolot. Sekarang siapa yang kolot ni?"
"Cikgu tuduh kakak saya jahat!"
"Owh. Awak lupa ya. Perempuan dalam gambar ni juga ada adik. kalau tak ada adik pun, saya pasti dia ada mak, ada ayah. Kalau mak dan ayah dia tengok gambar ni barangkali apa rasa mereka?"
"Marah.... malu...." Jawab murid tersebut.
Dia tunduk dan ambil majalah tersebut dari tangan saya dan koyak di depan kami sekelas.
"Saya faham, Cikgu. Saya tak akan lakukannya lagi."
See? Kita tak perlu merotan untuk mendidik.

Selasa, 25 September 2012

Antara Crab Apple dan Colek

Buah ceri barbados yang ranum pada 25 September 2012


Crab Apple adalah pohon yang amat bermakna bagi saya.  25 September 2012 menanda masa yang penting dalam hidup saya kerana hari tersebut menandakan dah 30 tahun saya menikahi isteri saya, Zaitun Ismail.  Ya, semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 30.

Baru 30 tahun, kalau panjang umur, tak sabar nak tunggu 30 tahun lagi.  

Apa kaitannya dengan crab apple dan colek?  30 tahun yang lalu, sebagaimana pasangan berdarah manis yang lain, kami ada spot kami sendiri.  Bila tiba musim bunga, kami akan sentiasa menghabiskan waktu hujung minggu di bawah pokok crab apple di taman bandar tempat kami  menuntut.  Ketika hari yang cerah, kami akan hampar tikar di bawah pohon tersebut dan makan makanan bekalan yang kami bawa dari rumah sambil memerhati pasangan membawa anak-anak ke taman.  Biasanya perbualan kami berkait dengan pengunjung lain yang membawa anak ke taman, atau assignment yang kami perlu siapkan.  Zaman tu belum ada laptop.  Jadi dalam bakul bekal kami ada tupperware berisi makanan, botol air dan buku serta notepad kertas kuning.  Pohon tersebut amat istimewa kerana ia dipenuhi bunga. 

Musim bunga biasanya hujan renyai-renyai.  Kalau hujan kami akan buka payung memerhati pengunjung yang lari-lari anak mencari perlindungan.  

Pohon crab apple tersebut amat istimewa kerana ruangnya yang teduh, cozy dan dekat pula dengan pohon mulberry yang besar.  Kadang-kadang ada tupai turun meminta makanan.  Bila saya tidak berkongsi makanan ada tupai yang naik ke pohon mulberry dan membaling buah mulberry ranum ke arah kami.  Ada antara baju saya rosak kerana warna jus mulberry yang terlekat pada baju.  Kebiasaannya isteri saya akan tersenyum memerhati gelagat saya mengelak serangan tupai yang gemar bergurau.

Bila tiba musim panas, tempat ini menjadi semakin bermakna kerana buah yang memenuhi pohon telah ranum.  Kebiasaannya isteri saya akan bawa pisau kecil, colek, iaitu kicap yang ditabur gula dan cili yang dipenyet.  Kami akan makan colek sambil menikmati masa yang berlalu.  Ada juga pengunjung yang telah biasa dengan kami singgah bertanya khabar.

Pohon crab apple tersebut masih berdiri teguh dan saiznya jauh lebih besar.  Ia kelihatan jelas bila saya Google menggunakan Google Map.  Ia menjadi pohon yang istimewa untuk kami sampai bila bila pun.

Di sini, saya belum dapat pohon crab apple seperti jenis itu tapi di rumah ada pohon ceri barbados yang seakan-akan crab apple yang saya tidak keluarkan dari bekas.  Masih mencari tapak yang sesuai untuk pohon tersebut.  Ia akan ikut kami ke mana sahaja kami pergi.  Walaupun ia tidak memberi buah yang lebat atau belum mampu memberi ruang yang teduh, ia tetap istimewa kerana mengingatkan kami pada spot impian kami.

Nanti, bila jumpa spot yang serasi, pohon ini akan ditanam menjadi bukti kami telah menemui spot kami agar dapat terus menjalani masa bersama, sambil makan colek mengisi masa yang berlalu.

Hari ini hari istimewa kami. Pohon ceri barbados yang seakan-akan crab apple megah mengurniakan kami sebiji buah ranum untuk kami kongsi bersama.  Walaupun hanya sebiji, ia seperti treasure buat kami, menikmatinya di haru ulangtahun perkahwinan.  30 tahun lagi pun, crab apple dan colek tetap di hati.      

Isnin, 16 Julai 2012

This Blog Has Been Removed!

Itulah mesej yang paling menakutkan yang aku terma hari ini.  Blog tanamsendiri.com telah aku bina sejak lebih 2 tahun yang lalu dan diusahakan sepenuh masa untuk berkongsi serta menjual benih. Setiap hari aku terima antara 1500 hingga 2000 pageloads.  Kira oklah, bolehlah cari makan.  Masa, wang dan tenaga pun banyak dihabiskan untuk blog ini.

Bangun pagi, nak semak pesanan.  Buka blog, aku terima mesej ini.

"This blog has been removed."

Seperti igauan disiang hari.  Is this real? Why?

Jumaat, 2 Disember 2011

Alamak, Baik Ciao Dulu!

Dah lama tak balik kampung, santai-santai di pantai.  Semenjak akhir-akhir ni...
Ah lupakan dulu masalah yang boleh memendekkan umur tu.  Jom lepak di pantai.  Ah damn (Opps, mahap yer), maybe pantai tempat kami berkumpul pun dah jadi pantai beruk berkumpul.  Kira mudah aja, lempar aja bekas makanan dan minuman kat situ.. Bukan orang nampak.  Kan Bandaran ada.

Botol minuman, bukannya kotor.  mana tau ada orang lemas, boleh buat pelampung...


Ni barangkali orang zaman dulu yang buang ni, botol peanut butter campur jelly.


Cantikkan.  banyak sikit bahan untuk buat sandcastle nanti...

 Hah, kaca pun boleh buang.  Kat pantai semua orang pakai kasut...


Kaca botol kecil, meh baung mentol spotlight, kalau pecah besar sikit kacanya... Boleh kita piknik kat spital...


Ni sampah bila ni.  Weyyy sampah tahun 1945 pun ada?  Mana aci....  Macam MK15 jer, weiii anak-anak, jom balik.  Ini sudah lebih....


Jumaat, 14 Januari 2011

Kad Pengenalan

Kad pengenalan, tak banyak maklumat yang diperolehi darinya.  Tapi kalau ia milik insan yang kita minati, maksud saya minat giler, ia adalah segala-galanya.

Tengok sajalah kad ini dan biarkan imaginasi melayang...



Rabu, 29 Disember 2010

Free Writing

Apa-apa pun kita buat, kalau nak ditajamkan, dipolish, digilap, mesti exercise.  Pelari berlari, pelukis melukis, pelajar membuat kerja rumah, penulis... menulislah.

Ada rakan penulis yang berkata, aku letak pen dulu sebab tak ada ilham, aku kena writer's block lah.  Hmmm.... Writer's block.  Apa benda tu?  Aku yang dah menulis banyak buku ni pun tak pasti apa dia writer's block tu.  Yang aku tahu, ia adalah alasan yang direka oleh penulis sebab tak siapkan kerja dalam masa yang dijanjikan.

Apa yang aku cuba buat ni?  Apa yang ingin aku sampaikan?  Tak ada apa?  Hanya catat apa yang terlintas aja.  Free writing, exercise penulis untuk terus menulis.

Pengunjung